Jumaat, Julai 31, 2009

JOM AR BACE!!…..pesanan dr fadzilah kamsah…

Pesanan Dr.Fadhilah Kamsah

Assalammualaikum……

Masa saya kecik-kecik dulu,mak selalu sangat suruh saya habiskan belen-belen(sisa-sisa) nasik yang dia makan …dan pagi-pagi sebelum pergi sekolah,mak akan tuangkan air teh untuk saya minum itu dan macam biasa,mesti ada sikit belen … tapi taklah everytime secara puratanya seminggu sekali mesti ada mak suruh buat macam itu ..

Dan sampailah saya dah besar panjang nie pun situasi ni still berjalan …either belen makanan mak atau abah … tapi kalau belen makanan anak-anak memang jadi satu kepantangan bagi mak atau abah untuk habiskan… kami kena habiskan sendiri atau akan dihabiskan oleh adik beradik yang lain … samada kami perasan atau tidak ….so satu hari itu tergerak nak tanya pasal isu ini kat mak …

Akhirnya mak dedahkan bahawa memang purposely dia buat macam itu sebab itu petua yang dia dapat dari arwah mak mentua dia sendiri …arwah tok perempuan kami lah sebelah abah …mak kata,supaya hati anak-anak sentiasa melekat kat mak bapak…dan saya sendiri akui kesannya ….makin umur kita meningkat,hati kita senantiasa belas tengok mak bapak kita yang makin tua itu..

Kalau kena marah ke kena tengking ke memang kami adik beradik diam membisu..jer lah namanya nak menjawab balik memang tak dak walaupun kita tahu yang kita betul dan mak pesan,dah ada anak sendiri esok …jangan sekali-kali makan lebihan makanan anak… samalah ceritanya ..dan mak kata jugak, pagi-pagi jumaat masa dia bancuh air untuk kami semua,dia akan selawat 3 x dan berdoa semoga kami selamat pergi dan selamat balik ..dan guru saya pesan, antara kesan terbesar bagi ibu bapa yang tidak menunaikan solat maghrib ialah,mereka-mereka ini akan Allah cabut rasa hormat anak terhadap mereka … solat berjemaahlah dengan anak-anak tiap kali waktu maghrib … kalau ada lebih dari sorang anak,suruh sorang azan dan sorang Qiam … kemudian berganti-ganti bacakan doa lepas solat… ini yang kami sekeluarga amalkan sampai sekarang …

Saya personally memang cukup malu kalau tak sempat solat jamaah maghrib dengan mak abah secara praktiknya,inilah yang paling paling paling berkesan sekali …tak caya try buat …solat jamaah dengan anak-anak tiap kali maghrib … dapat semua waktu lagi baik …sangat besar ‘rahsia’ dan peranan dapur rupa-rupanya…dan jugak kesan solat jamaah walau hanya bagi waktu maghrib.

"Apabila kita kejar dunia,dunia akan lari; tetapi apabila kita kejar akhirat, dunia akan mengejar kita".

Just to ambil iktibar untuk mendidik diri & family.Usia dunia sudah terlalu hampir ke penghujungnya,terlalu! So,it’s good if we can remind each other because in Rasulullah’s last sermon,baginda pun did mention that all those who listen to him (on shall pass on his words to others,and those to others again; and may the last ones understand his words better than those who listen to him directly…

Yang baik datang dari Allah & yang kurang itu is from my weaknesses. Do impart this knowledge; you’ll lose nothing.

Wallahu A’lam…

Rabu, Julai 29, 2009

handphone IMPIANKU!!!!


Inilah dia handphone yang selama ini aq idamkan..MERAH memang idamanku..Sony-Ericsson W910i...hehehe..
buat masa sekarang tengah survey harga lagi..coz banyak sangat impian..so semuanya guna duit..kat dunia ni dah takde lagi bende free..mungkin..lagipon dah dua kali beli handphone baru..and then hilang sebab aq ni cuai..Aspa..Aspa..aq ni cuai sangat..so klau aq nak beli handphone kena la pikir banyak kali..hehehe..orang kata utamakan keperluan daripada kehendak..so buat masa ini aq guna handphone yang ada dulu..maybe awal tahun depan aq baru beli..InsyaAllah..Amiiin..Doakanlah impian aq nk beli handphone ni tercapai ye..heheh..Thanks!!

Jumaat, Julai 24, 2009

Erti Sahabat..


Dalam hidup ini,

Kita tidak punya sesiapa kecuali diri sendiri.

Walaupun kita bersendiri,

Kita bertuah kerana mempunyai seorang sahabat yang memahami kita .

Biasanya kita mengharapkan keikhlasan dan kejujuran dari sahabat, begitu juga dengan dia.



Tetapi kita sering lupa akan hal itu.

Kita cuma mengambil kira tentang harapan dan perasaan kita.

Kadangkala...

Kita rasa dikhianati bila dia tidak menepati janjinya.

Kadangkala..

Kita tidak memberi dia peluang untuk menerang keadaannya.

Bagi kita, Itu alasannya untuk menutup kesilapan dan membela diri.

Kita terlupa, kita juga pernah membiarkan dia ternanti-nanti..

Kerana kita juga ada janji yang tidak ditepati.



Kita beri beribu alasan dan memaksa dia menerima alasan kita.

Waktu itu, adakah kita fikir tentang perasaannya??

Seperti kita, dia juga tahu rasa kecewa.. tetapi kita sering terlupa.

Untungnya mempunyai seorang kawan yang sentiasa di sisi kita pada waktu kita memerlukan dia.

Tatkala susah dan senang.

Dia mendengar luahan perasaan kita, segala rasa kecewa dan ketakutan, harapan dan impian kita luahkan,

Dia memberi jalan sebagai laluan penyelesaian masalah.



Selalunya kita terlalu asyik bercerita tentang diri kita,

Hingga kadangkala terlupa kawan kita juga ada cerita yang ingin dikongsi bersama kita.

Pernahkah kita memberi dia peluang untuk menceritakan tentang rasa bimbangnya, rasa takutnya?

Pernahkah kita menenangkan dia sebagaimana dia pernah menyabarkan kita?

Ikhlaskah kita mendengar tentang kejayaan dan berita gembiranya?

Mampukah kita menjadi sumber kekuatannya seperti mana dia meniup semangat setiap kali kita merasa kecewa dan menyerah kalah?

Dapatkah kita yakinkan dia bahawa kita boleh dipercayai, kita boleh dijadikan tempat untuk bersandar bila terasa lemah, agar tidak rebah?

Bolehkah kita menjadi bahu untuk dia sandarkan harapan?

Sesekali jadilah kawan yang mendengar dari yang hanya bercerita.



Ambillah masa untuk memahami hati dan perasaan kawan,

Kerana dia juga seorang manusia; dia juga ada rasa takut, ada rasa bimbang, sedih dan kecewa.

Dia juga ada kelemahan dan Dia juga perlukan kawan sebagai kekuatan.

Jadilah kita kawannya itu. Kita selalu melihat dia ketawa, tetapi mungkin sebenarnya dia tidak setabah yang kita sangka.

Disebalik senyumannya itu, mungkin banyak cerita sedih yang ingin diluahkan,

disebalik kesenangannya, mungkin tersimpan seribu kekalutan,

kita tidak tahu.. tetapi jika kita cuba jadi sahabat seperti dia, mungkin kita akan tahu.

Lumrah manusia yang jarang menghargai orang yang sentiasa berada disisinya..

Bukan sahaja sahabat yang harus dihargai malahan keluarga juga..

Fikir-fikirkanlah..