Jumaat, Mac 20, 2020

Pelaburan Simpanan Melalui Pembiayaan ASB (ASB Financing)

Coretan 1.

Assalamualaikum semua.
Apa khabar uolls? Moga sihat-sihat hendakNya.

Saya nak sharing promo rate ASB Financing 2020 !!

Promo Terbaik!!
ASB Financing serendah 4.50% !!
Bulanan untuk sijil ASB Financing:
30,000 = RM 156
50,000 = RM 255
100,000 = RM 507
150,000 = RM 761
200,000 = RM 1,014
Jom pakat² apply!!

Rabu, Januari 30, 2013

Terima Kasih @ Jazakallah Khairan

Bismillahirrahmanirrahim


Assalamualaikum..(Tak jawab dosa, kalau jawab Allah suka)

Dah lama tak upadate my blog..huhu. Actually,dah dekat seminggu aq jadi Penganggur..huhu..s0 skrg aq spend time dgn my family. Biaselah masa yg terluang, aq ngadap fb then aq terbace 1 post yg mention psl Jazakallah Khairan (versi ARAB)...maaflah aq xpndai dlm bahasa Arab..huhu

Untuk mengetahui lebih mendalam, rupanya Jazakallah Khairan Khatira bermaksud
 "Semoga Allah mengganjarkan kamu dengan kebaikan yang banyak"..Amiin:)

Terdpat sepotong hadis sebagai sumber rujukan.
Dari Usamah ibn Zaid (R,anhuma),
Rasulullah S.A.W bersabda:
Barangsiapa yang dibaiki orang (dibantu orang lain),
kemudian dia berkata kepadanya,
"Jazakallah khairan"
("Semoga Allah membalasmu dengan kebaikan")
maka dia telah memujinya dengan setinggi-tingginya"
(Hadith riwayat At-Tirmidzi, Hadith hasan Shahih)

Menurut Syeikh Nashiruddin Al-Bani, hadith diatas bermaksud:
dia telah memuji & membalas kebaikan org yg berbuat baik padanya dgn sesuatu yg lebih baik,
dgn menampakkan ketidakmampuannya untuk membalasnya sehinggakan 
dia memohon pada Allah untuk membalasnya..

Mesti kita gembira apabila org lain mendoakan kebaikan untuk kita kan??Bet0l3x..
kemudian kta jawablah dengan perkataan ini,
"waiyyakum"
yang bermaksud
"dan kepada kamu juga".

Jom, kita ubah ucapan kita dari perkataan yang baik spt "Terima Kasih"
kepada sesuatu yg lebih baik spt "Jazakallah khairan"..Renung2kn & Selamat Beramal..hehe:)


Nota Hati: In shaa Allah..Jazakallah Khairan coz sudi bce post sye:)

Sabtu, Ogos 04, 2012

Kahwin..Lu Pikirlahh

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum


Copied from IIUM Online - Madam. Fauziah Mohd Noor. 


Assalamualaikum dan salam Ramadhan.
Dua semester lepas, seorang pelajar saya (perempuan), pernah mengirimkan sms kepada saya, "Madam, terima kasih di atas segala2nya. Betapa saya ingin memeluk madam seperti memeluk ibu saya, tapi saya malu." Saya membalas sms dia, " Tak pe..insyaAllah, masih ada peluang utk kita berjumpa semester depan. Dan kalau jumpa nanti, peluklah saya kalau awak nak."


Semalam
Dia datang datang ke ofis saya, dengan wajah suram dan inai masih dijari.Belum sempat berbual panjang, dia memeluk saya dengan erat dan disulam dengan tangisan. basah bahu saya dengan airmatanya. Saya bertanya, "Kenapa? awak sepatutnya gembira sebab baru saja bernikah dengan pilihan hati awak." Dalam sedu dia menjawab, "Madam, saya nak bercerai, saya dah tak boleh nak teruskan hidup dengan dia. Dia sangat berbeza dgn dia yang saya kenal sewaktu bercinta dulu"

Astaghfirullah...hancur luluh hati saya waktu itu bagai kaca terhempas ke batu. Tak perlulahsaya sebut kenapa dan mengapa dia hendak bercerai ketika inai masih di jari. Saya cuma ingin menasihati pelajar2 saya, dan rakan2 FB saya yang masih muda, ingatlah pernikahan bukannya trial and error. Pernikahan bukannya ujian amali atau ujian praktikal. Janganlah hanya kerana kawan2 kamu telah bertunang, maka kamu rasa kamu juga perlu bertunang. janganlah hanya kerana kawan2 kamu telah bernikah, maka kamu rasa kamu juga perlu bernikah. Pernikahan adalah sesuatu yang sangat suci dan ianya memerlukan pengertian, pengorbanan dan kesabaran. Kesabaran bukan bertahan utk seminggu dua atau sebulan atau setahun. tapi kesabaran itu perlu utk membuktikan kamu beriman kepada Allah dan RasulNYA.

Kepada pelajar2 yg telah bernikah di usia muda dan masih belajar, saya merayu kepada kamu semua hari ini...tolong jangan terlalu dipaparkan kemesraan kamu di facebook. jangan terlalu menunjukkan kesronokan bernikah di facebook. saya mohon dengan setulus hati saya. tolong kurangkan posting2 romantik kamu di FB. Saya tidak mahu lebih ramai pelajar yang merasakan seronoknya bernikah.Tapi mereka lupa bahawa di sebalik keseronokan pernikahan itu dipenuhi dengan tanggungjawab yg amat berat.

Dan bukan semua orang bernasib baik mendapat pasangan hidup yang baik. Jadi, cukup2lah kamu berposting tenatng bulan madu kamu, hentikan dialog2 romantik kamu di FB, ucapan sayang dan cinta itu simpan utk tatapan kamu dan pasangan kamu saja.TOLONGLAH....saya merayu daripada kamu. Dan kepada pelajar2 yg masih berfikir tentang bakal suami atau isteri, berjumpalah dengan mereka yg lebih arif tentang hidup. Mintalah pendapat mereka tentang mencari pasangan hidup. Ingatlah anak2ku, adik2ku..pernikahan bukan satu percubaan, tapi satu tanggungjawab yang amat berat. Saya tidak sanggup melihat kamu menangis...tidak sanggup sebab saya sangat sayangkan kamu. jaga diri kamu baik2.


Nota Hati: Coretan ni aq copy & paste from blog fatin liyana dengan niat untuk memberi kesedaran kepada semua termasuklah aq yang dulunya fikir seronok tengok ramai kawan2 aq yang dah kawin & aq p0n nak ikut jejak langkah mereka. Tapi bila aq baca entry ni aq tersedar bukan senang nak tempuhi alam perkahwinan kerana mempunyai tanggungjawab yang amat berat. Kalau dah jodoh xkan ke mana kan kan..So, lu pikirlahhh..hehe(^_^)




Rabu, Ogos 01, 2012

OGOS Yang Sibuk!!

Bismillahirrahmanirrohim

Assalamualaikum

1/8/2012 bersamaan hari Rabu aq masih di Segamat walaupon masih cuti final. MOTIF??Sebab THESIS@PAPERWORK!!!

nak buat thesis la paling mencabar sepanjang tempoh belajar..huhu


Ni la hasil thesis kalau dah siap..tapi aq punyer bl0m siap lg..sedih sungguh:(

Berpuasalah aq di sini..nape aq cakap bulan Ogos yang buzy c0z nak kne wat THESIS, NAK RAYA..YUHOOO!! Lepas 1 week raye, aq dah start praktikal pd 27/8 before that bezday my lovely bf pd 26/8, 1 day b4 start praktikal..hahaha..perlu kerr sambutt??Juz joking..haha:D

Everyone have their own problem..so bersabarlah dalam menempuhi dugaan & think positive..
InsyaAllah, ada hikmh disebaliknya..Amin:)

Lepas 1 week raye, aq trus praktikal..nak tau kt mner??TUNGGUUU..HAHA

Nota Hati: Sebenarnya mencabar jgak nk wt thesis ni..bru degree tp mcm nak wt thesis tahap master..huhu..dugaan!!

Jumaat, Jun 01, 2012

Ngidam Kaw-Kaw Burger Bakar!!

Assalamualaikum

Pada 1/6/2012 bersamaan hari Jumaat merupakan hari makan sedunia hanya untuk aku & Cik Muhamat Zulfa..hahah..nak tau sebab ape??Biarlah rahsia..bajet macam Siti Nurhaliza plak..haha..Sebenarnya aku dah lama ngidam nak makan burger bakar lepas tengok Jalan2 Cari Makan (JJCM). Akhirnya terkabul jgak..alhamdulillah!!Before jumpa tempat tu, kenalah mencari dulu..ikhtiar punyer ikhtiar..snarnyer Cik Muhamat Zulfa yang ikhtiar tanyer orang..hahah. Akhirnya jumpa jgak KAW-KAW BURGER BAKAR, LOKAS MAKANA, PUCHONG UTAMA.

Sampai jer dah der orang beratur..
Bile datang cni senarnyer perot stil lagi kenyang tapi sebab ngidam & tamak still gak nak yang double punyer burger..hahaha


Cer teka mner satu Cik Aspa punyer..haha
2 set burger, satu untuk aku & satu lg untuk Cik Zulffa..tapi Cik Aspa punyer paling tinggi..haha

Yang Double tu la Cik Aspa punyer..hahahaha..skali sekala xsalah kan?

Hmmmmm, sedapppp yer!!!aku kalau bab burger memang ske order patty daging..n aku suggest kat korang kalau nak try, order lah patty daging..mmg s0dap!!


Thanks Cik Muhamat Zulffa..hehehe
Nila dia, Cik Muhamat Zulffa yang telah bersusah payah membawaku ke sini..huhu..ni merupakan tempat makan yang ke-4 untuk kami hari ini..hahaha..dapat bayangkan tak berapa banyak kitorang makan hari ni..hahaha..mesti xterbayang..haha..my partner time susah & senang..^_^


Bakar jgn xbakar..berasap2..uhuk2x..

Paling sedap belah kiri sebab Cik Aspa punyer..haha

Cik Zulffa cakap Cik Aspa smer besar dengan burger..ske2 jer..:P

Alhamdulillah, segala urusan pada hari ini settle. Thanks to Cik Muhamat Zulffa  everything..hehe..sesiapa yang xcube lg tu try la makan burger ni..tapi dinasihatkan JANGAN TAMAK..hahah..mcm Cik Aspa c0z takut xabis..next time klau berkesempatan, aku hnyer order single jer..haha..sebab burger dier bes0rrr!!..hahaha..moga aku pegang dengan kata-kata aku..takot sampi cne luper dunie lg..huhu

Rabu, Mei 30, 2012

Dinner IBSA

Assalamualaikum


Dinner ni khusus untuk BBA (Hons) Islamic Banking dan malam ni pon aku ada berlakon..hahah..ntah apa yang aku lakonkan. Malam ni pon ada penyerahan sijil untuk mahasiswa/wi yang dapat dekan. Aku dah xtau apa nak celoteh, so try upload some gambar..haha:)

Penasihat Kelab IBSA merangkap lecturer kami..
kelas JBM229 5B



Amek sijil..hehe..Alhamdulillah^_^
Warna ganjil di sini..hahaha..
Awalnyer berempat..huhu..then pindah meja..

Hero Malaya klas 5B
Baju putih tu xknal sper..huhu..yg lain hero klas 5A

Gabungan klas 5A & 5B..asal ckit jer..

der penambahan dr gmbr sblum..bertambah ckit jer..haha



Jejaka terhangat di pasaran from kelas 5B

Candid kelas 5B..candid la sangattt!!
Satu rumah, satu kelas, satu group n satu kereta..hahaha..from Chabong Jaya!

3 purple + 1 red = ??..hahah..


1 group sama fesyen from klas 5A..look nice:)
Jejaka idaman dalam kelas 5A..hahah..naquib minum duduk..!!

Gabungan warna..colourful ladies..hahaha


Lakonan anak-beranak..lakon la sangattt!!

Bile smue pelakon naik pentas..mcm2 jd..haha


My housemates + My frens = Same kelas..haha
Cik Aspa & Cik Edda..so sweet..hahaha

Nota Hati : Maybe ni dinner terakhir untuk kami sem ni dalam kelab IBSA coz kami dah part 5..Hopefully we all can keep in touch even masing2 akan ader hal masing2 xkisah la smer der group 5A or 5B..kita semua 1 bidang, 1 uitm, n 1 Malaysia..hahaha..If ader tersalah cakap or tersilap laku..ampun maaf ku pinta..sayang korang semue..haha..peace no war!!!^_^


Teguran atau Sindiran?

Assalamualaikum

Kadangkala kita tak dapat lari dari ditegur atau disindir maybe disebabkan our mistake. Mungkin ada yang rasa malu bila ditegur oleh orang lain tapi sebenarnya ada hikmah disebalik teguran tu. Aku pon pernah tegur orang lain dan orang lain pon pernah tegur aku..haha. Nak tegur pon kena ada caranya, kita tak boleh nak tegur orang tu depan orang ramai plak, malulah dia..Ingat tu semua..haha. Tetapi, biarlah kena masa dan tempatnya. Dari Imam Syafie', "Nasihatilah diriku dikala aku sendirian, janganlah kau menasihatiku ditengah keramaian kerana nasihat di hadapan umum adalah sebahagian dari penghinaan yang tidak suka aku mendengarnya. Jika engkau enggan dan tetap melanggar kata-kataku, maka engkau jangan menyesal jika aku enggan menurutimu." Sebelum kita nak menegur orang, cuba kita letak diri kita ditempatnya ( in english word : put yourself in my shoes)..haha..Bila kita menegur di kalangan orang ramai, so boleh menjatukkan dan mengaibkan seseorang itu. Apa perasaan kita bila kita kat tempat mereka?Fikir-fikirkanlah.

Ada jenis manusia yang menegur secara nasihat-menasihat dan ada yang secara sindir-menyindir. Yang baiknya ialah menegur dengan cara menasihati dan yang buruknya ialah menegur secara menyindir. Tapi aku rasa aku tergolong dalam kategori menegur secara menyindir..astagfirullahalazim. Aku kena ubah cara teguran aku. InsyaAllah.

Sifat manusia suka mencari kesalahan dan menyalahkan orang lain. Contohnya, bila terlanggar batu, batu itu yang dia maki padahal dia yang jalan menonong jer..hehe. Ingatlah, hidup di dunia ni hanya sementara. Mungkin ada orang akan cakap jangan sibuk hal orang lain, jaga hal sendiri sebab kubur masing-masing. Tapi sebenarnya dia lupa, nanti bila dia meninggal siapa yang mandikan dia, orang lain kan..siapa yang kapankan dia, orang lainkan..siapa yang tanam dia di kuburan,orang lainkan..Renung-renungkanlah. Kadangkala kita diatas dan juga kita pasti akan berada di bawah jika kita alpa dan leka. Jadi, berubah lah untuk menjadi baik kerana Allah, maka Allah akan menghantar orang-orang yang baik untuk bersama kita. InsyaAllah. Tutuplah aib orang lain jika kita tak mahu menampakkan  aib kita kepada orang lain.

Dalam dunia ni xder apa yang mustahil, mungkin satu hari nanti orang yang kita sindir akan menjadi individu terbaik dan terhebat daripada kita. Dan xmustahil jugak, orang yang jahat akan menjadi lebih baik berbanding kita. Semua itu kuasa tuhan. Jangan dah terhantuk baru terngadah. Kadangkala orang menjadi jahat mungkin ada kisah disebaliknya,kita tak tahu. Kita sebagai makhluk ciptaan Allah di muka bumi ni hendaklah berdoa untuk kesejahteraan makhluk lain jugak. Kita xboleh nak judge seseorang tu tanpa mengetahui apa yang ada disebaliknya.



Sebagai manusia, kita tak dapat lari dari melakukan kesilapan dan kesalahan. Begitu jugak orang lain. So, maafkanlah mereka dengan menerima segala kekurangan yang ada pada mereka. Dari Al-Hasan bin Wahab, " Salah satu hak berteman adalah memberi maaf di atas kesalahan yang terjadi dan tidak mencelanya." Kadangkala bila kita bergaduh dengan teman, kita pasti akan mengenangkan kejahatan yang dia lakukan dan kurang memikirkan kebaikan dia selama ini. Tapi kita dah tersalah konsep (samalah dengan aku..haha).Kita kena ingat kebaikan orang lain terhadap kita dan jangan mengungkit-ungkit kebaikan kita terhadap orang lain. Maafkanlah dan lupakan setiap kesalahan yang orang lakukan terhadap kita maka hati kita pon akan tenang. Tapi biasanya wanita ni mudah memafkan tapi sukar untuk lupakan ..hahaha..Betul tak kaum hawa??Sedangkan Nabi Muhammad s.a.w pon ampunkan ummatnya inikan kita manusia biasa. Akhir kata, buang yang keruh ambil yang jernih baru teguh peribadi. 

Nota Hati : Yang buruk datangnya dari saya dan yang baik datangnya dari Allah s.w.t.