Selasa, Mei 29, 2012

Assalamualaikum

Demi masa, sesungguhnya manusia kerugian..Melainkan yang beriman dan yang beramal soleh..(menyanyi sambil menghayati lirik lagu tersebut). 

Lama dah aku tak bukak blog ni disebabkan kekangan masa. Sekarang, aku cuti sempena Hari Gawai, so boleh la luangkan masa sekejap untuk post something. Aku selalu fikirkan tentang perubahan. I means from bad to good. Actually, it is so difficult to change if not istiqamah. Kadangkala hati mudah terpengaruh dengan hasutan syaitan. Astagfirullahalazim..Manusia sering kali alpa, lalai dan leka dengan tanggungjawab yang telah diamanahkan oleh-Nya. Aku terbaca serangkap kata,
 "Ingatlah, jika kita berubah kerana manusia, perubahan itu tidak akan kekal. Jika kita berubah kerana Allah s.w.t, tidak kira banyaknya dugaan, kita akan tetap konsisten." InsyaAllah.

Setiap manusia itu adalah baik. Ini kerana bayi ibarat kain putih yang tiada kotoran. Untuk berubah ke arah kebaikan, ia terletak pada diri kita sendiri. Tiada sesiapa pon dapat mengubah sikap seseorang melainkan dirinya sendiri. Moga hari ini lebih baik dari semalam.Amin..^_^

Tiada ulasan:

Catat Ulasan