Rabu, Mei 30, 2012

Teguran atau Sindiran?

Assalamualaikum

Kadangkala kita tak dapat lari dari ditegur atau disindir maybe disebabkan our mistake. Mungkin ada yang rasa malu bila ditegur oleh orang lain tapi sebenarnya ada hikmah disebalik teguran tu. Aku pon pernah tegur orang lain dan orang lain pon pernah tegur aku..haha. Nak tegur pon kena ada caranya, kita tak boleh nak tegur orang tu depan orang ramai plak, malulah dia..Ingat tu semua..haha. Tetapi, biarlah kena masa dan tempatnya. Dari Imam Syafie', "Nasihatilah diriku dikala aku sendirian, janganlah kau menasihatiku ditengah keramaian kerana nasihat di hadapan umum adalah sebahagian dari penghinaan yang tidak suka aku mendengarnya. Jika engkau enggan dan tetap melanggar kata-kataku, maka engkau jangan menyesal jika aku enggan menurutimu." Sebelum kita nak menegur orang, cuba kita letak diri kita ditempatnya ( in english word : put yourself in my shoes)..haha..Bila kita menegur di kalangan orang ramai, so boleh menjatukkan dan mengaibkan seseorang itu. Apa perasaan kita bila kita kat tempat mereka?Fikir-fikirkanlah.

Ada jenis manusia yang menegur secara nasihat-menasihat dan ada yang secara sindir-menyindir. Yang baiknya ialah menegur dengan cara menasihati dan yang buruknya ialah menegur secara menyindir. Tapi aku rasa aku tergolong dalam kategori menegur secara menyindir..astagfirullahalazim. Aku kena ubah cara teguran aku. InsyaAllah.

Sifat manusia suka mencari kesalahan dan menyalahkan orang lain. Contohnya, bila terlanggar batu, batu itu yang dia maki padahal dia yang jalan menonong jer..hehe. Ingatlah, hidup di dunia ni hanya sementara. Mungkin ada orang akan cakap jangan sibuk hal orang lain, jaga hal sendiri sebab kubur masing-masing. Tapi sebenarnya dia lupa, nanti bila dia meninggal siapa yang mandikan dia, orang lain kan..siapa yang kapankan dia, orang lainkan..siapa yang tanam dia di kuburan,orang lainkan..Renung-renungkanlah. Kadangkala kita diatas dan juga kita pasti akan berada di bawah jika kita alpa dan leka. Jadi, berubah lah untuk menjadi baik kerana Allah, maka Allah akan menghantar orang-orang yang baik untuk bersama kita. InsyaAllah. Tutuplah aib orang lain jika kita tak mahu menampakkan  aib kita kepada orang lain.

Dalam dunia ni xder apa yang mustahil, mungkin satu hari nanti orang yang kita sindir akan menjadi individu terbaik dan terhebat daripada kita. Dan xmustahil jugak, orang yang jahat akan menjadi lebih baik berbanding kita. Semua itu kuasa tuhan. Jangan dah terhantuk baru terngadah. Kadangkala orang menjadi jahat mungkin ada kisah disebaliknya,kita tak tahu. Kita sebagai makhluk ciptaan Allah di muka bumi ni hendaklah berdoa untuk kesejahteraan makhluk lain jugak. Kita xboleh nak judge seseorang tu tanpa mengetahui apa yang ada disebaliknya.



Sebagai manusia, kita tak dapat lari dari melakukan kesilapan dan kesalahan. Begitu jugak orang lain. So, maafkanlah mereka dengan menerima segala kekurangan yang ada pada mereka. Dari Al-Hasan bin Wahab, " Salah satu hak berteman adalah memberi maaf di atas kesalahan yang terjadi dan tidak mencelanya." Kadangkala bila kita bergaduh dengan teman, kita pasti akan mengenangkan kejahatan yang dia lakukan dan kurang memikirkan kebaikan dia selama ini. Tapi kita dah tersalah konsep (samalah dengan aku..haha).Kita kena ingat kebaikan orang lain terhadap kita dan jangan mengungkit-ungkit kebaikan kita terhadap orang lain. Maafkanlah dan lupakan setiap kesalahan yang orang lakukan terhadap kita maka hati kita pon akan tenang. Tapi biasanya wanita ni mudah memafkan tapi sukar untuk lupakan ..hahaha..Betul tak kaum hawa??Sedangkan Nabi Muhammad s.a.w pon ampunkan ummatnya inikan kita manusia biasa. Akhir kata, buang yang keruh ambil yang jernih baru teguh peribadi. 

Nota Hati : Yang buruk datangnya dari saya dan yang baik datangnya dari Allah s.w.t.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan